Kerjaya bola sepak Mokhtar_Dahari

"Jika anda malu untuk berdiri dengan warna anda, lebih baik anda cari bendera lain!"

Mokhtar Dahari

Mokhtar pertama kali bermain untuk pasukan Selangor FA di Piala Belia Burnley yang dimenangi mereka. Beliau kemudiannya diminta untuk bermain untuk Selangor FA secara kerap.[16] Beliau menjadi pemain terhebat pada musim pertamanya untuk Selangor[17] dan membantu Selangor memenangi pelbagai kejohanan, terutamanya Piala Malaysia. Beliau menyatakan kesetiannya kepada pasukan Selangor dengan menyatakan, "Saya hidup dan mati untuk Selangor.". Kemudian, beliau dipilih untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau hanya baru berusia 19 tahun semasa pertama kali bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.[18] Mokhtar membantu Selangor FA memenangi Piala Malaysia 10 kali dan menjaringkan 177 gol bersama-sama. Beliau merupakan penyerang terbaik di Malaysia. Permainan pertamanya untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah semasa menentang pasukan bola sepak kebangsaan Sri Lanka pada tahun 1972.[16] Beliau telah membantu Malaysia memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 dan pingat emas Sukan SEA berturut-turut pada tahun 1977 dan 1979. Beliau juga menjaringkan gol kemenangan dua kali dengan 2-0 bagi Liga Malaysia XI menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1975 yang menimbulkan khabar angin bahawa kelab Inggeris teratas menaruh minat kepadanya.[19][20]

Selepas perlawanan tersebut, beliau mendapat tawaran daripada gergasi Eropah, Real Madrid CF tetapi enggan menyertai kerana patriotisme terhadap Malaysia dan Selangor FA.[21][22] Terkenal dengan kelajuan dan ketepatannya, Mokhtar dinamakan penyerang terbaik Asia oleh majalah World Star Soccer ketika berusia 23 tahun.[23][24][25]

Mokhtar terkenal dengan kepantasannya. Ngauman "Supermokh" daripada orang ramai merupakan kebiasaan. Ramai generasi muda mengidolakan beliau. Malah ada yang cuba meniru gayanya di padang. Mokhtar menjaringkan gol sekali untuk Malaysia dari separuh jalan menentang Joe Corrigan melalui pukulan dahsyat 1–1 menentang England B pada 1978, menggelecek menerusi separuh pasukan lawan bimbingan Bobby Robson.[26] Yang lebih diingati adalah apabila Gordon Hill memuji Mokhtar sebagai Hero Dahari di majalah Shot! dalam ruangan tulisan beliau selepas lawatan England B pada tahun 1978.[27][28][29][30]

Rujukan

WikiPedia: Mokhtar_Dahari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/google-m... http://chedinsphere.com/2013/02/anugerah-kelab-sat... http://www.google.com/doodles/mokhtar-daharis-61st... http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx... http://www.negarakita.com/Post-626587-Dataran+Komu... http://says.com/my/entertainment/malaysian-footbal... http://www.selangorfc.com/index.php?id=72 http://selangormalaysia.com/2011/11/mokhtar-dahari... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://arkibnegara.blogspot.my/2009/02/mokhtar-dah...